suria

Ronaldo Ledak Hatrik Julang Real

Ronaldo meraikan jaringannya.

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo mencipta hatrik ketika pasukan itu menundukkan Atletico Madrid 3-0 pada aksi La Liga di Stadium Vicente Calderon, awal pagi Ahad.

Lebih manis ia adalah kemenangan pertama Real ke atas Atletico pada saingan itu dalam tempoh tiga tahun.

Real kini mendahului Barcelona yang menduduki tempat kedua dengan empat mata selepas The Catalans sekadar seri tanpa jaringan dengan Malaga yang beraksi dengan sembilan pemain.

Ronaldo membuka jaringan awal  pada minit ke-23 sebelum mengukuhkan kedudukan Real dengan jaringan kedua menerusi sepakan penalti 19 minit sebelum tamat perlawanan.

Ia masih belum cukup buat pemain sensasi Portugal itu apabila dia menyudahkan hantaran Gareth Bale untuk melengkapkan hatrik.

"Kami beraksi menentang lawan yang amat sukar. Hanya beberapa pasukan yang boleh datang ke sini dan menang 3-0,"  kata Pengurus Real Zinedine Zidane.

Kekalahan itu meletakkan Atletico di kedudukan kelima dengan mengutip 21 mata, sembilan mata di depan Real.

Pengurus tuan rumah, Diego Simeone mengakui Real beraksi dengan lebih baik pada babak pertama sebelum anak buahnya bangkit di separuh masa kedua.

"Pada 20 minit babak kedua kami mencipta peluang, mengawal perlawanan tetapi penalti yang diperoleh pelawat melemahkan semangat kami," katanya.


Artikel Sebelum

Djokovic Jumpa Murray Di Final

Artikel Berikut

Artikel Lain