suria

Sanchez Sedia Turun Menentang Man United

Alexis Sanchez
ARSENAL akan berdepan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu ini dengan The Gunners akan bertandang ke Old Trafford.

Skuad bimbingan Arsene Wenger sebelum ini dijangka akan kurang ketajaman di barisan depan akibat ketiadaan Alexis Sanchez yang cedera hamstring ketika sesi latihan bersama pasukan kebangsaan Chile.

Namun, Metro pada Khamis melaporkan bahawa Wenger telah menerima pesanan teks daripada bintangnya itu, menyatakan dirinya sudah cukup sihat untuk turun menentang United.

"Saya akan berlatih esok (Jumaat) dan berangkat ke Manchester United pada hari yang sama untuk bermain pada Sabtu. Saya tak ada masalah untuk bermain," katanya.

Kehadiran Sanchez akan menyuntik lebih semangat buat Arsenal untuk meneruskan penampilan positif mereka.

Daripada 11 pertandingan, Sanchez telah meledakkan enam gol dan tiga assists.

Sanchez menjadi peranan penting dalam meletakkan Arsenal ke kedudukan ke-4 carta liga dengan 24 mata. Liverpool masih menguasai puncak dengan 26 mata, sementara United di posisi keenam dengan 18 mata.

Jika Sanchez turun, Arsenal mempunyai peluang besar kerana United kehilangan Zlatan Ibrahimovic yang tidak dapat bermain dalam perlawanan ini kerana dilayangkan kad merah dalam pertandingan sebelumnya.

Arsene Wenger, Alexis Sanchez