suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney Akan Digugurkan Sebagai Kapten Selepas Southgate Jadi Pengurus Tetap England

Wayne Rooney
WAYNE Rooney dilaporkan tidak lagi akan menjadi kapten England apabila pengurus sementara pasukan itu, Gareth Southgate dilantik sebagai pengurus tetap pada akhir bulan ini.

Penyerang berusia 31 tahun itu digambarkan sebagai 'mencari nahas' dengan menghadiri majlis perkahwinan dan mabuk ketika bertugas bersama pasukan Three Lions, minggu lepas.

Difahamkan Rooney melanggar arahan Southgate dengan menghadiri majlis perkahwinan itu selepas pengurusnya itu menyuruhnya pulang dan berehat.

Ketua pasukan Manchester United itu telah memohon maaf kepada Southgate tetapi pengurus berusia 46 tahun itu dilaporkan telah nekad untuk menggantikan Rooney dengan pemain lain.


Ekoran gambar-gambar yang tersebar, Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris Martin Glenn berkata: "Kami sedang melakukan siasatan terperinci apa sebenarnya yang berlaku. Adakah terdapat staf FA terlibat, ya atau tidak? "

"Dan kami jelas melakukan kajian semula.

"Ia mengecewakan. Saya rasa apabila dia meminta maaf ia sesuai, tetapi saya tidak mahu 'melebih-lebihkannya'."
WAYNE Rooney, mabuk, Gareth Southgate

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain