suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lampard Tinggalkan NYCFC

NEW York City FC (NYCFC) mengesahkan Frank Lampard meninggalkan kelab itu kerana kontraknya sudah tamat.

Lampard, 38, menyertai kelab MLS itu pada 2014 dan sering dibelenggu kecederaan pada permulaan kariernya di Amerika Syarikat.

Dia hanya menjaringkan 15 gol dalam 31 penampilannya.

Bekas bintang Chelsea itu menjaringkan 300 gol dalam lebih 1,000 perlawanan yang disertainya setakat ini.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada dia akan bersara daripada arena bola sepak.

"Masa saya bersama NYCFC sudah berakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak dua tahun lalu," katanya.

NYCFC disingkirkan Toronto pada aksi separuh akhir liga utama MLS apabila tewas 0-2 pada pertemuan pertama di gelanggang lawan dan dibelasah 0-5 di hadapan penyokong sendiri.

Lampard menerusi laman Instagram miliknya berkata, dia akan membuat pengumuman mengenai masa depan kariernya dalam masa terdekat.

Frank Lampard, NYCFC

Artikel Lain