suria

Shaw Perlu Lebih Matang - Neville

Gary Neville

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville menasihatkan Luke Shaw supaya lebih matang dari segi mental dan fizikal sekiranya mahu berjaya di Old Trafford.

Shaw dilaporkan 'bingung' dengan tindakan pengurus Jose Mourinho yang kurang berpuas hati apabila dia tidak bermain pada aksi kemenangan 3-1 ke atas Swansea pada Ahad gara-gara kecederaan.

Namun Neville percaya kecederaan teruk di bahagian kaki Shaw tahun lalu masih menghantui pemain berusia 21 tahun itu.

"Saya yakin Luke seorang yang mempunyai karektor agak rumit. Dia masih muda ketika berpindah dari Southampton dan perlu bersifat matang dari segi mental dan fizikal.




"Dia mempunyai bakat besar tetapi jelas sekali masalah kecederaan yang dialaminya  masih membayangi fikirannya dan perlu dilupakan," jelas Neville.

Isnin lalu Mourinho mendakwa  sesetengah pemainnya 'tidak kuat' untuk bermain ketika mengalami kecederaan.

Komen pedas secara terbuka itu turut ditujukan kepada seorang lagi pemainnya Chris Smalling yang juga berdepan dengan kecederaan.

Artikel Lain