suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Palmer Kekal Bersama Renault Musim 2017

PELUMBA Britain, Jolyon Palmer akan terus berlumba untuk pasukan Renault musim depan bersama rakan baharu dari Jerman, Nico Hulkenberg.

Biarpun gagal mempamerkan aksi cemerlang pada penampilan pertama dalam aksi musim ini, Palmer,25, tetap diberi peluang untuk terus memandu jentera Renault.

"Kami dengan bangganya mengekalkan Jolyon sebagai pelumba bagi musim 2017.

"Jolyon menunjukkan semangat untuk terus meningkat bersama kami dan pasukan juga telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan," jelas kenyataan pasukan Renault.

Pencapaian terbaik Palmer musim ini dengan menduduki kedudukan ke-10 pada Grand Prix Malaysia awal Oktober lalu.

Selain itu, Hulkenberg yang berpindah dari pasukan Force India akan mengambil alih posisi Kevin Magnussen yang berpindah ke pasukan Haas.

Jolyon Palmer, Renault

Artikel Lain