suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjaga Gol Simpanan Melaka United Dipanah Petir Meninggal Dunia

Foto dari Facebook Marco Stefan Petrovski

MELAKA: Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski yang mengalami kecederaan selepas dipanah petir pada 5 April lalu, meninggal dunia pada petang Ahad.

Pemain berdarah campuran Malaysia-Australia berusia 18 tahun itu dipanah petir semasa menjalani latihan di Padang Sepuloh, Krubong.

Beliau meninggal dunia pada pukul 2.45 petang di Hospital Pakar Putra.

Pengurus skuad Piala Presiden Melaka, Khairi Anuar Ahmad berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa) telah dimaklumkan mengenai berita kematian itu.

Mayat mendiang akan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum diterbangkan ke Australia.

Marco Stefan Petrovski

Artikel Lain