suria

Anugerah APO2016 Hadiah Kemenangan Berganda JDT

KEMENANGAN berganda buat Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila bukan sahaja dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pasukan Sukan Pilihan Online dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) tetapi berjaya menundukkan Kedah 3-1 pada aksi separuh akhir kedua Piala FA, malam Sabtu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Kapten Mohd Fahmy Yahya hadir menerima trofi bagi mewakili pasukan tersebut.

"Alhamdulillah, saya bagi pihak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berasa amat bersyukur dan berbesar hati di atas kemenangan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis APO2016 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Malah, Mohd Fahmy turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokong JDT kerana memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan menjadi milik pasukan itu.

"Terima kasih kepada penyokong JDT terutamanya Bangsa Johor. Kita berjaya memperoleh kemenangan berganda malam ini (Sabtu)," katanya.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan itu berjaya mengenepikan empat pencabar lain iaitu Kelantan, Kedah, Pasukan Memanah Wanita Kebangsaan dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain