suria

Riyad Mahrez Dinobatkan Pemain Terbaik PFA 2016

RIYAD Mahrez dipilih sebagai pemain Terbaik PFA (Persatuan Bola Sepak Profesional) 2016.

Pemain antarabangsa Algeria itu menjaringkan 17 gol, dan sebelas kali sebagai pembantu jaringan dalam Liga Perdana untuk Leicester City yang kini gah berada di kedudukan teratas.

Mahrez dianggap sebagai play maker untuk The Foxes menewaskan rakan sepasukannya Jamie Vardy dan N'Golo Kante serta pemain West Ham Dimitri Payet dan penjaring terbanyak Spurs, Harry Kane.

Pemain Arsenal, Mesut Ozil turut tersenarai dalam calon akhir anugerah ini.

Mahrez  menyertai Leicester pada tahun 2014 daripada Liga 2 Perancis, Le Havre selepas berada dalam pasukan program pemain muda.

Sementara itu pemain muda Spurs, Dele Alli dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA mengetepikan rakan sepasukkannya Harry Kane yang merupakan penjaring terbaik liga musim ini.

Selain itu,  penolong pengurus Manchester United, Ryan Giggs menerima Anugerah Merit PFA berdasarkan khidmatnya dalam sukan bola sepak.

Ryan Giggs


Giggs membuat rekod 963 penampilan untuk Red Devils dan terkenal sebagai pemain paling kreatif dalam bola sepak Inggeris.

Sepanjang kariernya sebagai pemain, Giggs telah menjulang 13 trofi liga, empat kali juara Piala FA dan dua trofi Liga Juara-Juara.

Giggs yang kini membantu Louis van Gaal pernah dianugerahkan Pemain Terbaik PFA 2009 dan Pemain Muda Terbaik 1992 dan 1993.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain