Nadal Juarai Terbuka Barcelona - Sukan | mStar

Nadal Juarai Terbuka Barcelona

Rafael Nadal.

BARCELONA: Pemain Sepanyol, Rafael Nadal menyamai rekod dipegang legenda tenis Argentina, Guillermo Vilas memenangi 49 gelaran di gelanggang tanah liat selepas menewaskan juara bertahan, Kei Nishikori 6-4, 7-5 pada aksi final ATP Terbuka Barcelona, awal pagi Isnin.

Nadal yang baharu sahaja mencatatkan kemenangan di Monte Carlo Masters minggu lalu kini sudah memenangi 10 perlawanan berturut-turut dalam usahanya memburu kejuaraan ke-10 Grand Slam Terbuka Perancis, Jun depan.

Bagaimanapun, bintang muda Jepun, Nishikori terpaksa akur dengan kekalahan kepada Nadal selepas beberapa kali melepaskan mata break.

"Saya amat gembira kerana selain memenangi kejohanan terpenting ini, saya turut beraksi dengan cemerlang.

"Ini merupakan dua minggu yang menakjubkan, hari yang amat saya nanti-nantikan," kata Nadal.

Nishikori pernah memenangi kejohanan tersebut pada 2014 dan 2015.

Pemain tenis berusia 26 tahun itu muncul pemain pertama selain dari Sepanyol yang memenangi kejohanan tersebut sejak 1996.


Terbuka Barcelona , Rafael Nadal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Palace Jumpa United Di Final Piala FA

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah