suria

Palace Jumpa United Di Final Piala FA

Wickham meraikan jaringan kemenangan Palace.

LONDON: Crystal Palace akan bertemu dengan Manchester United pada perhitungan final Piala FA selepas menundukkan Watford 2-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Wembley, awal pagi Isnin.

Palace memecah kebuntuan seawal minit keenam menerusi jaringan Yannick Bolasie yang menyempurnakan hantaran Damien Delaney.

Namun, Watford bangkit menyamakan kedudukan 10 minit selepas babak kedua bermula menerusi penyerang, Troy Deeney yang menanduk masuk gol berpunca daripada sepakan sudut.

Begitupun, Connor Wickham muncul wira Palace apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-61.

Gol kemenangan itu sekali gus mengesahkan kemaraan kelab Palace buat pertama kalinya pada aksi final kejohanan tersebut dalam tempoh 26 tahun.

Pada awal pagi Ahad, United mengesahkan kemaraan ke final dengan menewaskan Everton 2-1.

Pertembungan final akan diadakan pada 21 Mei depan di Stadium Wembley.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain