suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eden Hazard Mahu Rampas Semula Trofi Pemain Terbaik PFA

EDEN Hazard berazam merampas kembali gelaran pemain terbaik Liga Perdana Inggeris yang dimenanginya tahun lalu pada musim depan.

Pemain perancang Chelsea itu kembali memperkuatkan The Blues ketika bertemu Bournemouth pada Sabtu dengan mempamerkan ketajaman penyudahnya.

Dia berjaya menghasilkan dua gol selepas 355 hari tanpa jaringan untuk kembali sebagai pemain terbaik.

Bintang berusia 25 tahun itu meledakkan jaringan berkenaan kira-kira 24 jam sebelum PFA (Persatuan Bola Sepak Profesional) mengiktiraf pemain terbaik baharu bagi musim ini yang dimenangi Riyad Mahrez dari Leicester City.

"Dia mampu kembali sebagai pemain terbaik pada musim depan selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

"Ini juga penting untuk dirinya selepas melalui musim buruk bersama Chelsea pada musim ini," kata pengendali Chelsea, Guus Hiddink.

Chelsea, Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain