suria

Tiada Pingat Individu Buat Pandelela

Pandelela Rinong.

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg gagal meraih pingat individu dalam peringkat akhir Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2016 di Kazan, Rusia pada Sabtu.

Atlet terjun yang layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro itu sekadar menduduki tempat kelima dengan 342.05 mata.

Beliau menamatkan saingan dengan tangan kosong pada acara kegemarannya dalam tiga lagi pusingan di Beijing, Dubai dan Windsor.

Penerjun berusia 23 tahun itu berjaya mendapat tempat kedua dengan 357.45 mata pada pusingan separuh akhir untuk mara ke final di Kazan Aquatic Palace.

Bagaimanapun, penerjun China, Ren Qian memaparkan aksi terjunan sensasi untuk meraih pingat emas dengan 367.35 mata manakala Tonia Couch dari Great Britain dan seorang lagi atlet China, Si Yajie masing-masing membawa pulang pingat emas dan gangsa selepas mengumpul 365.90 mata dan 353.70 mata.

Selepas menamatkan empat siri, Ren muncul juara keseluruhan dengan 52 mata manakala Pandelela Rinong di tempat keenam dengan 38 mata.

Pada acara tahun ini, Pandelela Rinong berpasangan dengan Leong Mun Yee memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama di Kazan dan Beijing. - BERNAMA


FINA 2016, Pandelela Rinong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain