suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Sahkan Tiket Ke Final Piala FA

Martial meraikan jaringannya.

LONDON: Anthony Martial muncul penyelamat Manchester United apabila menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Everton pada aksi separuh akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Wembley, awal pagi Ahad.

Kemenangan itu membolehkan United melangkah ke final Piala FA 2016.

The Red Devils terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-34 menerusi jaringan bekas pemain Everton Marouane Fellaini.

Namun The Toffees bangkit menyamakan kedudukan menerusi kesilapan Chris Smalling yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-75.

Begitupun, United terpaksa menunggu sehingga minit kecederaan untuk mengesahkan kemaraan menerusi jaringan penyerang Perancis, Martial.

Satu lagi perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan pertembungan antara Crystal Palace menentang Watford, malam Ahad.


Manchester United, Piala FA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain