suria

Barcelona Berpesta Gol, Kembali Rampas Takhta Liga

Suarez menjaringkan empat gol untuk Barca.

BARCELONA merakam kemenangan bergaya selepas menewaskan Sporting Gijon 6-0 pada aksi La Liga, awal pagi Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan Barca kembali menduduki tangga teratas La Liga.

Penyerang sensasinya, Luis Suarez menjaringkan empat gol manakala Lionel Messi dan Neymar masing-masing satu gol.

Messi terlebih dahulu menjaringkan gol pertama Barca pada minit ke-12 selepas penjaga gol Gijon, Ivan Cuellar gagal menampan tandukan pemain kebangsaan Argentina itu.

Namun Barca ibarat kembali menebus kekalahan beberapa minggu lalu apabila Suarez menjaringkan empat gol pada babak kedua.

Neymar turut menjaringkan gol pada minit ke-86 menerusi sepakan penalti selepas dikasari pemain Gijon, Ognjen Vranjes.

Barcelona kini mengungguli kedudukan teratas dengan mengumpul 82 mata manakala Atletico Madrid di tempat kedua juga dengan 82 mata.

Sementara itu, Real Madrid pula menduduki tempat ketiga dengan mengutip 82 mata.

Dalam perlawanan berasingan Madrid menundukkan Rayo Vallecano 3-2 manakala Atletico Madrid menang tipis 1-0 ke atas Malaga CF.


Barcelona, La Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain