suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal Ujian Doping Sakho Disiasat

Mamadou Sakho.

PEMAIN pertahanan Liverpool Mamadou Sakho disiasat oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas gagal ujian doping.

Susulan itu, pemain berusia 26 tahun itu tidak diturunkan ketika Liverpool terikat seri 2-2 dengan Newcastle United, malam Ahad.

Sakho kelihatan berada di tempat duduk penonton semasa perlawanan itu.

Sebelum itu, Liverpool dalam satu kenyataan berkata:"Pada Jumaat, komunikasi secara formal telah diterima daripada UEFA yang menyatakan bahawa mereka sedang melakukan siasatan terhadap kesalahan anti doping yang mungkin membabitkan Mamadou Sakho.

"Pemain itu akan memberi maklum balas kepada UEFA berhubung perkara tersebut.

"Pemain itu buat masa ini tidak tertakluk kepada penggantungan perlawanan. Namun, kelab itu selepas berunding dengan Sakho memutuskan sepanjang proses tersebut dia tidak akan diturunkan dalam beberapa perlawanan.

"Tiada penjelasan lanjut mengenai perkara itu buat masa ini. Pemain itu masih mempunyai tempoh sehingga Selasa depan untuk menghantar sampel B," demikian menurut kenyataan tersebut.




Mamadou Sakho, Liverpool, doping

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain