suria

Hisap Shisha Villa Gugurkan Agbonlahor Dari Skuad Utama

Adegan Agbonlahor sedang menghisap shisha berjaya dirakam.

ASTON Villa menggugurkan Gabriel Agbonlahor daripada skuad utama pasukan itu selepas mengumumkan siasatan terhadap kelakukannya semasa percutian di Dubai sedang dijalankan.

Agbonlahor tidak akan diturunkan ketika menentang Chelsea pada hujung minggu ini susulan laporan beliau ditangkap ketika sedang menghisap shisha semasa tempoh rehat aksi Liga Perdana Inggeris.

Villa menerusi laman Twitternya memaklumkan bahawa pemain berusia 29 tahun itu tidak akan diturunkan bersama skuad tersebut sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan.

Agbonlahor dirakam sedang memegang paip shisha semasa percutian di Dubai.

Beliau hanya beraksi dalam 15 perlawanan bersama Villa yang menduduki tangga tercorot liga musim ini.

Villa kini tiada khidmat pengurus selepas Remi Garde meninggalkan kelab itu atas persetujuan bersama pada Selasa.

Garde hanya sempat mengendali Villa selama 147 hari.

Jurulatih pasukan utama, Eric Black mengambil alih tugas sebagai pemangku pengurus sehingga kelab mencari pengganti Garde.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain