suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dunia Bola Sepak Yakin Mourinho Bimbing Man United

PAKAR bola sepak Sepanyol, Guillem Balague memberitahu, dunia bola sepak hari ini yakin bahawa Jose Mourinho bakal mengambil alih jawatan ketua jurulatih Manchester United pada musim depan.

Mourinho, 52, dipecat kali kedua oleh Chelsea apabila prestasi skuad tersebut merosot sejak pemulaan liga.

Manakala Louis Van Gaal yang mengemudi United pula dikritik hebat oleh penyokong apabila gagal membawa skuad itu kembali sebagai pasukan digeruni di peringkat Liga Perdana Inggeris dan Eropah.

Mourinho dilapor enggan bercakap mengenai tugasnya di United kerana menjaga hubungan baik dengan Van Gaal.

Balague memberitahu, setiap pakar bola sepak, ejen, jurulatih dan pengarah bercakap mengenai Mourinho yang akan membimbing United bagi musim depan.


Artikel Berikut

Artikel Lain