suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rayuan Sazali: Majlis Sukan PDRM Serah Surat Sokongan Kepada PBBM

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  sudah menyerahkan surat sokongan melibatkan jaguh bina badan negara, Sazali Samad kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), dua minggu lepas.

Peguam kepada Sazali, Mohd Norasmawi Norani berkata sehingga kini pihaknya belum mendapat sebarang berita daripada PBBM.

"Jika boleh, kita mahu PBBM membuat keputusan secepat mungkin kerana hukuman ini sedikit sebanyak mengganggu perancangan Sazali yang masih bersemangat membuat latihan serta memberi motivasi kepada pihak memerlukan.

"Sazali sangat berharap PBBM menerima rayuannya supaya beliau dapat merencana masa depannya sekali gus dapat kembali mengharumkan nama negara dalam sukan bina badan," kata Mohd Norasmawi dalam kenyataan pada Rabu.

Sazali digantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali, iaitu di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) dan Mumbai, India (2014).     

Anak jati Batu Pahat, Johor itu yang digelar 'Orang Besi Malaysia', pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain