suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic Sedia Ke EPL

ZLATAN Ibrahimovic mengakui bahawa dia sedang mempertimbang untuk menerima tawaran menyertai sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris.

Mirror.co melaporkan, Arsenal antara kelab yang membuka tawaran kepada penyerang berusia 34 tahun itu walaupun dia didakwa akan bersama Jose Mourinho di Manchester United.

Ibrahimovic akan menamatkan kontraknya bersama Paris Saint-Germain pada akhir musim ini dan setakat ini tiada kelab yang mengumumkan mahu mendapatkan pemain Sweden itu.

"Ya, ada tawaran daripada Liga Perdana Inggeris, saya boleh sahkan. Liga Perdana Inggeris adalah liga yang seluruh dunia bercakap mengenainya.

"Setakat ini tiada perbincangan dengan PSG dan saya tidak mahu lagi mewakili mereka untuk musim depan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain