suria

Masa Depan Van Gaal Bersama Man United Diragui

MASA depan Louis Van Gaal bersama Manchester United terus diragui apabila dia tidak dimasukkan dalam video promosi kelab itu yang akan ke China bagi menghadapi perlawanan pramusim depan.

United pada Rabu mengesahkan untuk bersama Manchester City bagi bersaingan dalam Piala Kejuaraan Antarabangsa di Stadium Nasional Beijing pada 25 Julai akan datang.

Bagaimanapun dalam video promosi berdurasi 48 saat itu, tiada kelibat Van Gaal sebagai ketua jurulatih atau individu penting.

Turut berada dalam video tersebut ialah Alex Ferguson dan bekas pemain United seperti Park Ji Sung.

Kandungan video itu berbeza dengan promosi musim lalu ketika United Ke Amerika Syarikat yang dipenuhi dengan aksi Van Gaal sebagai 'bos'.

Berikutan itu, khabar angin mengenai Jose Mourinho akan mengambil alih tugas Van Gaal di United pada Mei ini semakin bertiup kencang.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PSG Buru Daniel Sturridge

Artikel Lain