suria

Gaji Rashford Mungkin Naik 15 Kali Ganda

Marcus Rashford
PEMAIN muda Marcus Rashford kini menjadi aset berharga untuk Manchester United.

Ini kerana, pemain yang baru berusia 18 tahun itu telah berjaya memikat hati para penyokong-penyokong United dengan penampilannya yang mengagumkan.

Terkini, Rashford menjadi penentu kemenangan United dalam perlawanan menentang Manchester City, minggu lalu. Malah, namanya juga tercatat sebagai penyumbang gol termuda dalam perlawanan melibatkan United.

Rashford sudah berjaya menyumbat masuk lima gol dari lapan penampilannya bersama United.
 
Disebabkan persembahannya yang memberangsangkan, Express melaporkan bahawa United akan segera memberikan kontrak baharu kepadanya untuk terus kekal di Old Trafford.

Khabarnya, United bersedia memberikan kenaikan gaji sehingga 15 kali ganda, dengan jumlah 15,000 poundsterling seminggu.

Angka tersebut sememangnya tinggi untuk seorang pemain muda, tetapi masih tidak mampu menyaingi pemain United yang lain.

Sehingga kini, gaji tertinggi masih dipegang Wayne Rooney dengan pendapatan sebesar 250 ribu poundsterling seminggu diikuti Bastian Schweinsteiger dengan 140 ribu poundsterling.

Artikel Sebelum

PSG Buru Daniel Sturridge

Artikel Lain