suria

Terbuka British: Nicol Lepasi Halangan Pertama

KUALA LUMPUR: Juara lima kali Terbuka British Datuk Nicol David terpaksa menggunakan segala pengalamannya bagi melepasi halangan pertama Kejohanan Skuasy Terbuka British 2016 menentang pemain Mesir daripada pusingan kelayakan, Mayar Hany pada Isnin. 

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.allambritishopensquash2016.com, pemain Malaysia berusia 32 tahun itu berjaya memenangi set pertama, 11-8 sebelum beliau hampir-hampir ditewaskan oleh pemain Mesir itu selepas ketinggalan 8-9, bagaimanapun Nicol berjaya mengekalkan momentumnya dan mendahului 2-0 dalam set kedua.

Pada aksi pusingan ketiga, Nicol berjaya menguasai rentak perlawanan dan mengikat perlawanan 11-0 dalam perlawanan yang berlangsung 26 minit yang diadakan di gelanggang kaca di Arena Airco.

Pusingan pertama dan kedua Terbuka British diadakan serentak di gelanggang kaca, Arena Airco dan Pusat Sukan Universiti Hull di Hull, England.

"Apabila anda bermain dengan seseorang buat kali pertama, ia akan mengambil masa yang lama untuk mengagak apa yang akan dilakukannya dan saya perlahan-lahan mula mengikut rentaknya dalam dua perlawanan pertama," kata Nicol. 

Nicol David, Terbuka British

Artikel Lain