suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antonio Conte Bukan Dapat Tawaran Dari Chelsea Sahaja

ANTONIO Conte mendakwa Chelsea bukan pilihan terakhir selepas dia meninggalkan jawatan sebagai jurulatih Itali pada pertengahan tahun ini.

Sebaliknya bekas jurulatih Juventus itu mendakwa, dia mempunyai pilihan lain sekiranya tidak menggantikan Guus Hiddink sebagai jurulatih sementara Chelsea ketika ini.

Conte sebelum ini dilapor telah bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun di Stamford Bridge bermula musim depan.

"Chelsea bukan perkataan terakhir untuk karier saya selepas ini kerana masih ada pilihan lain, mungkin di Itali.

"Saya mengambil kira pilihan dan tawaran, sama ada di Itali atau di luar. Perkara penting yang dapat saya sahkan ialah tidak akan membimbing pasukan kebangsaan di negara lain.

"Setakat ini saya hanya fikirkan tentang keputusan yang akan dibuat. Sama ada mahu berada di Itali atau keluar," jelas jurulatih berusia 46 tahun itu.

Itali, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain