suria

Pahang Lantik Semula Ahmad Shaharuddin Dan Azaruddin

Ahmad Shaharuddin Rosdi

KUANTAN: Khidmat Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Azaruddin Aziz yang melepaskan jawatan selaku Ketua dan Penolong Jurulatih Pahang FC masih diperlukan selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) membuat keputusan untuk mengambil semula dua individu itu sebagai Penolong Jurulatih baharu pasukan itu berkuatkuasa mulai esok.

PBNP dalam satu kenyataan hari ini berkata lantikan semula Penolong Jurulatih itu dibuat berdasarkan permohonan dikemukakan oleh Mohamamed Razif Ismail yang mula mengambil alih jawatan Ketua Jurulatih baharu Pahang FC pada Khamis lepas.

"Razif telah memohon kepada PBNP untuk mendapatkan dua Penolong Jurulatih bagi membantu beliau mengharungi saingan Liga Malaysia dengan mencadangkan dua bekas jurulatih Pahang itu Ahmad Shahruddin dan Azaruddin untuk dipertimbangkan bagi mengisi semula kekosongan jawatan berkenaan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut PBNP telah bersetuju bagi melantik semula kedua-dua jurulatih berkenaan setelah mengambil kira pengalaman dan sumbangan mereka yang telah berkhidmat bersama Pahang sebelum ini.

Sebelum ini, Ahmad Shaharuddin dan penolongnya Azaruddin meletakkan jawatan berkuatkuasa 14 Mac lepas ekoran prestasi hambar pasukan itu dalam beberapa perlawanan Liga Super dan Piala FA musim ini.

Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Lain