suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barisan Pertahanan Punca Liverpool Tewas Kepada Southampton

PENYOKONG-penyokong Liverpool kecewa dengan barisan pertahanan terutamanya Martin Skrtel sehingga menyebabkan tewas 3-2 kepada Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

The Reds mendahului 2-0, namun permainan mula berubah pada babak kedua dengan percaturan tuan rumah yang lebih bijak mengucar-kacirkan barisan pertahanan skuad Jurgen Klopp itu. 

Penjaga gol, Mignolet dilihat tidak menguruskan bola dengan baik selepas Skrtel gagal menghalang serangan pemain lawan sehingga menyebabkan Sadio Mane menjaringkan dua gol minit ke-64 dan 86.

Sebelum itu, Liverpool meraih jaringan awal menerusi Philippe Coutinho minit ke-17 dan Daniel Sturridge menyumbat gol kedua minit ke-22.

Manakala gol kemenangan Southampton yang dibimbing Ronald Koeman dilakukan Graziano Pelle minit ke-83 permainan.

Liverpool, Southampton

Artikel Lain