suria

Kemalangan Ngeri, Alonso Bertuah Masih Hidup

PELUMBA McLaren, Fernando Alonso mengakui  dirinya amat bernasib baik kerana masih 'bernyawa' selepas mengalami kemalangan yang dianggap salah satu terburuk dalam perlumbaan Formula Satu (F1) ketika aksi Grand Prix Australia pada Ahad.

Alonso mengalami kemalangan pada lap ke-18 apabilan cuba memintas pelumba Haas, Esteban Gutierrez.

"Saya sangat bersyukur kerana masih berada di sini. Ia saat paling ngeri dan kemalangan yang menakutkan.

"Apabila jentera berhenti, saya dapati ruang untuk keluar daripada kereta itu sangat kecil, namun berusaha sebaik mungkin bagi memastikan emak saya dan sesiapa yang menonton perlumbaan ini dapat melihat keadaan saya yang 'okay'," jelasnya.

Pada insiden tersebut, Alonso melanggar tayar belakang Gutierrez menyebabkan tayar depan kanannya tercabut dan terbabas melanggar penghadang litar sekaligus jenteranya melayang ke arah tepi litar.

Fernando Alonso, McLaren, kemalangan

Artikel Lain