suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rashford Punyai Abiliti Jadi Penyerang Sempurna - Van Gaal

PENGURUS Manchester United Louis van Gaal mengakui Marcus Rashford paling sesuai bermain sebagai penyerang pasukan.

Pemain muda berusia 18 tahun itu menjaringkan gol kemenangan tunggal ketika menentang Manchester City awal pagi Isnin sekaligus mengumpul tiga mata penuh di gelanggang jirannya itu.

Pada perlawanan tersebut, Rashford menerima hantaran dari Juan Mata dan berjaya melepasi pemain pertahanan City, Martin Demichelis sebelum tenang menolak masuk ke arah gol, menewaskan Joe Hart.

"Dia mempunyai abiliti sebagai penyerang sempurna selepas menjaringkan satu-satunya gol pada perlawanan itu.

"Rashford juga telah menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan, dan membuktikan kemenangan hadir bukan bergantung kepada sepakan penalti semata-mata.

"Dia adalah penyerang yang sebenar dan sebab itulah saya membenarkan dia bermain di posisi itu.

"Dia boleh menjaringkan gol dan mencari ruang untuk menyerang malah boleh menguasai padang.

"Saya sangat menyukainya, namun dia baharu sahaja 18 tahun dan kita akan lihat sejauh mana tahap konsistennya," ujar Van Gaal selepas perlawanan.

Kemenangan itu memberikan peluang kepada United untuk merapatkan jurang bersama City yang kelebihan satu mata (51) sekaligus merebut kedudukan keempat liga bagi memastikan aksi kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Dengan berbaki lapan lagi perlawanan liga musim ini, United yakin mampu menamatkan saingan di kelompok empat teratas liga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain