suria

Pellegrini Nafi Hilang Sabar

PENGURUS  Manchester City, Manuel Pellegrini menolak dakwaan hilang sabar kepada pemain-pemainnya ketika berada di bilik persalinan pada aksi tewas 1-0 kepada Manchester United, awal pagi Isnin.

Pellegrini yang bakal meninggalkan kelab penghujung musim ini mencatat 10 kekalahan dalam semua perlawanan.

Kekalahan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada persaingan merebut trofi kejuaraan malah, kedudukan di tangga keempat liga semakin goyang apabila hanya kelebihan satu mata (51mata) di atas West Ham dan United.

"Saya tidak hilang kawalan. Jika kamu lihat sikap  pasukan hari ini, ia memberi kesan kepada semua yang terlibat dalam apa yang telah dirancangkan.

"Bagaimanapun saya gembira dengan pemain-pemain yang tetap memberi fokus untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan yang terbaik," jelasnya.

Tambah Pellegrini, setiap musim adalah berbeza.

"Saya yakin kita hanya berbincang berkenaan dengan perlawanan hari ini. Saya tidak boleh jelaskan. Kamu ada hak untuk menyoal apa sahaja , dan saya ada hak untuk menjawab apa yang perlu.

"Secara jelasnya, kami tidak sepatutnya tewas kepada United. Kami menguasai permainan. Kami mempunyai 26 peluang gol, namun gagal menggunakannya untuk dapatkan jaringan".

Artikel Lain