suria

PSG Sudah 'Kaji' Man City Di TV, Akui Berdepan Lawan Hebat

Laurent Blanc
JURULATIH Paris Saint Germain (PSG), Laurent Blanc, memuji lawan mereka di suku akhir Liga Juara-Juara, Manchester City dengan menyatakan City bakal turun dengan corak permainan yang cantik.

Undian suku akhir telah dibuat di Nyon, Swiss, pada Jumaat dan PSG harus menang menentang City untuk mendapatkan tiket ke separuh akhir.

Dengan City yang mempunyai pemain-pemain terkenal seperti Sergio Aguero, David Silva dan Raheem Sterling, Blanc menilai skuad bimbingan Manuel Pellegrini itu merupakan satu pasukan yang hebat.

Blanc turut mengakui sudah mengkaji permainan City menerusi TV, justeru, PSG akan berhati-hati ketika turun menentang City di Parc des Princes pada 6 April dan di Stadium Etihad pada 12 April.

"Takdir mempertemukan kami dengan Manchester City, yang tentu saja merupakan sebuah kelab yang bagus. Satu pasukan yang sangat bagus dengan jurulatih yang bagus," kata Blanc memetik, PSG TV.

"Pada saingan di peringkat ini, yang ada hanyalah pasukan yang bagus. Jadi, kami memberi lebih penghormatan untuk pasukan ini. Kami masih mempelajari teknik mereka, walaupun kami sudah banyak mempelajarinya di TV.


"Ini akan menjadi konfrontasi luar biasa kerana saya fikir Manchester City mempunyai corak tersendiri dan filosofi dalam permainan. Mereka bermain bola sepak yang sangat cantik.

Artikel Lain