suria

Man City Bertemu PSG Suku Akhir Liga Juara-Juara

PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini mengakui perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Paris Saint-Germain (PSG) merupakan satu saingan yang sukar.

“Ia satu undian yang sengit. Lebih baik mendapat keputusan yang baik di laman sendiri.

“Bermain di tempat lawan pada pusingan pertama bermakna kamu perlu tahu yang perlu dilakukan,” jelas Pellegrini selepas undian suku akhir Liga Juara-Juara pada Jumaat malam.

Man City satu-satunya wakil dari liga Inggeris yang berjaya beraksi ke peringkat suku akhir.

Keputusan penuh undian suku akhir Liga Juara-Juara:

Wolfsburg lwn Real Madrid

Bayern Munich lwn Benfica

Barcelona lwn Atletico Madrid

PSG lwn Man City

Pusingan pertama suku akhir bakal berlangsug pada 5-6 April, manakala perlawanan timbal balik pada 12-13 April ini.

Liga Juara-Juara, Suku Akhir

Artikel Lain