suria

Ian Ayre Akhiri Tugas Di Liverpool Pada Mei 2017

IAN Ayre mengesahkan dia tidak akan menyambung kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liverpool FC pada Mei 2017.

Biarpun pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG) berharap Ayre,52, akan terus bersama mereka, tetapi keputusan telah dibuat.

Ayre dilantik sebagai pengarah komersial pada tahun 2009 di bawah bekas pemilik kelab Tom Hlcks dan George Gillerr sebelum dinaikkan pangkat sebagai CEO bersama pengurusan FSG tahun 2011.

FSG kini mempunyai  tempoh 15 bulan untuk mencari pengganti Ayre.

"Ia keputusan yang sangat sukar dibuat melibatkan karier saya.

"Lebih sukar daripada tugas yang ada di sini. Tetapi jika kamu sayangkan kelab, kamu perlu membuat keputusan yang betul , seperti mana yang saya lakukan ini," jelasnya ringkas.

Selain itu, Presiden Mike Gordon, pemilik John Henry dan pengerusi Tom Werner berkata dalam satu kenyataan bahawa Ayre telah melakukan transformasi yang baik untuk kelab ini.

"Di bawah pengurusannya, kami telah melihat Liverpool telah melalui satu transformasi besar di mana sebelum ini dikaitkan dengan muflis, tetapi hari ini menjadi sebuah kelab yang mempunyai kewangan kukuh dan pengurusan baik.

"Kami telah cuba memujuk agar dia kembali pertimbangkan keputusan itu, namun agak sukar untuk memintanya kekal sebagai CEO selepas Mei 2017,".

Liverpool, Ian Ayre, FSG

Artikel Lain