suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Separuh Akhir Piala FA: Manchester United Atau West Ham Bakal Berhadapan Everton

SELEPAS berjaya menewaskan Chelsea 2-0 dalam saingan Piala FA Inggeris, Everton bakal berhadapan sama ada Manchester United atau West Ham di peringkat separuh akhir.

Sementara itu bagi pertembungan keempat terakhir yang akan berlangsung di Wembley, Crystal Palace dijadual berhadapan rakan dari kelab Liga Perdana Inggeris, Watford.

Romelu Lukaku terbukti menjadi wira Everton apabila pemain Roberto Martinez itu mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea di Goodison Park.

Lukaku muncul dengan dua gol pada lewat aksi perlawanan untuk menghantui bekas pasukannya.

Pasukan itu bakal berhadapan sama ada United atau West Ham yang akan bertempung dalam perlawanan semula susulan keputusan seri 1-1.

Sepakan percuma Dimitri Payet menjadikan Hammers mendahului di Old Trafford sebelum Anthony Martial menyelamatkan United.

Piala FA Inggeris

Artikel Lain