suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Rashford Tidak Selamatkan Saya" - Van Gaal

PENGURUS Louis Van Gaal menafikan dakwaan bahawa kehadiran pemain muda Marcus Rashford telah menyelamatkan kedudukannya di Manchester United yang kelihatan agak goyah sebelum ini.

Sebaliknya pengurus kelahiran Belanda itu memberikan alasan bahawa beliau memberikan peluang kepada Rashford untuk menyinar bersama The Red Devils.

Rashford menjaringkan empat gol dalam dua penampilan terdahulu.

Kejayaan United ketika menundukkan Watford 1-0 pada minggu lalu ternyata melegakan Van Gaal, menjadikan ia sebagai kemenangan keempat berturut-turut pasukan itu.

"Saya terbaca bahawa Rashford menyelamatkan saya. Tidak, tidak.

"Rashford diberikan peluang terima kasih kepada polisi saya dan sudah semestinya kelab.

"Perkara sama berlaku kepada Cameron Borthwick-Jackson, Guillermo Varela dan beberapa pemain muda lain.

"Oleh itu saya tidak berbelanja besar pada Januari. Polisi kami adalah untuk memiliki skuad yang kecil bagi memberi peluang kepada pemain muda ," kata Van Gaal.

United akan bertemu West Bromwich Albion pada Ahad, perlawanan yang akan menghidupkan peluang pasukan itu untuk melayakkan diri pada aksi Liga Juara-Juara sekiranya terus melakar kemenangan.


Artikel Lain