suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Format Kelayakan Baharu F1 Dipersetujui

PARIS: Pemilik pasukan Formula Satu (F1) pada Jumaat meluluskan format baharu kelayakan untuk kejuaraan dunia tahun ini meskipun ada dalam kalangan pemandu tidak bersetuju mengenainya.

Format baharu itu menyaksikan pemandu akan disingkirkan satu persatu dalam format kalah mati yang diperkenalkan buat pertama kali pada pembukaan musim di litar Melbourne, Australia pada 20 Mac ini.

Kelayakan akan kekal dibahagikan kepada tiga segmen seperti sebelum ini, berbanding sekumpulan pemandu akan disingkirkan pada setiap penghujung sesi.

Namun penyingkiran kali ini akan dilakukan secara satu persatu.

Segmen pertama akan berlangsung selama 16 minit dan selepas tujuh minit pemandu paling perlahan tidak akan meneruskan sesi.

Selepas 90 saat, pemandu paling perlahan akan disingkirkan sehingga berbaki 15 saja.

Segmen kedua selama 15 minit mengikut format sama dengan pemandu paling perlahan akan disingkirkan selepas enam minit dan kemudian pemandu melalui sesi penyingkiran dalam tempoh selang 90 saat.

Blok terakhir akan berlangsung selama 14 minit dengan pusingan penyingkiran bermula selepas lima minit sehingga dua pemandu terakhir akan bersaing untuk merebut kedudukan petak pendahulu. 
F1, format kelayakan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain