suria

Ronaldo Perlu Lebih Berhati-Hati: Abidal

BEKAS pemain kebangsaan Perancis, Eric Abidal mengkritik tindakan bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo kerana tidak berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kepada media berbaur kritikan terhadap rakan pasukannya selepas tewas 0-1 kepada Atletico Madrid.

Pemain Portugal itu mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan kualiti permainan rakan pasukannya susulan kekalahan tersebut.

Dengan baki hanya 12 perlawanan, Real ketinggalan 12 mata dibelakang pendahulu Barcelona.

"Kadang kala anda tidak boleh kata apa yang anda fikirkan kepada media selepas perlawanan," kata Abidal.

Sementara itu, bekas pemain pertahanan Perancis itu memuji kata-kata Pengurus Madrid, Zinedine Zidane sebaik tamat perlawanan.

"Apabila dia kata perlawanan sudah tamat, ia mengambil alih tekanan daripada pemainnya.

"Kata-katanya dia di dalam bilik sidang media selepas tewas amat baik untuk pasukan.

"Masalah akibat kekalahan itu adalah jurang mata dengan Barcelona. Zidane adalah juara, dia mahu menang dan ia sesuatu yang mahu ditunjukkan kepada pemainnya," katanya.

Zidane akan mengemudi anak buahnya menentang Levante pada Selasa dalam usaha untuk merapatkan jurang mata dengan Barcelona.

Eric Abidal, Cristiano Ronaldo

Artikel Lain