suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MYA Sambut Baik Hasrat KBS Naik Taraf Kemudahan

LANGKAWI: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) menyambut baik keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang berhasrat menaik taraf kemudahan di Kompleks Sukan Layar Kebangsaan di sini.

Timbalan presidennya, Lukman Abu Bakar berkata dengan menaik taraf kemudahan di kompleks itu, ia mampu menaikkan lagi nama Malaysia khususnya Langkawi sebagai destinasi penganjuran kejohanan perahu layar bertaraf dunia.

“Kemudahan di kompleks ini sebenarnya telah pun lengkap dan apabila kementerian bercadang untuk menaik tarafnya, sudah pasti ia akan menjadi lebih baik dan bersedia menganjurkan kejohanan antarabangsa pada bila-bila masa.

"Kami di MYA juga berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sentiasa memberi sokongan kepada kami serta memahami keperluan untuk pembangunan sukan perahu layar di negara kita,” katanya kepada pemberita di sini.

Lukman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Khairy yang berhasrat menaik taraf kompleks berkenaan menjelang penganjuran Sukan Sea 2017.

Dalam pada itu, Lukman berkata pihaknya berpuas hati dengan perjalanan penganjuran Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) yang sedang berlangsung.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar dengan pelayar yang menyertainya jugaada memberi reaksi positif kepada sekretariat.

“Diharapkan penganjuran kali ini akan menjadi yang terbaik dalam sejarah penganjuran kejohanan selama ini," katanya.-Bernama

MYA

Artikel Lain