suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawatan Sazali Dalam PDRM Tidak Terjejas - Khalid

Khalid (kanan) mencuba peralatan gimnasium baharu di Bukit Aman sambil dibantu Sazali tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Jawatan atlet bina badan Sazali Samad dalam perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak terjejas walaupun beliau dijatuhi hukuman penggantungan empat tahun oleh Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata atlet itu berpangkat Sub Inspektor dalam PDRM.

"Kita mengambil kira jasa beliau (kepada negara) dalam kerjaya gemilang sebagai atlet bina badan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sazali dikenakan hukuman gantung empat tahun oleh PBBM bermula 22 September iaitu tarikh ujian dopingnya didapati positif dengan bahan terlarang oleh Agensi Anti-Doping Malaysia.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali sejak 2000. -Bernama

Sazali Samad, PDRM

Artikel Lain