suria

Van Gaal Dipecat Jika Tewas Kepada Stoke City

LOUIS Van Gaal diberi peluang terakhir pada minggu ini sebelum dipecat sebagai ketua jurulatih Manchester United.

Ketua Eksekutif Man United, Ed Woodward yang berada dalam keadaan tertekan berikutan kekalahan kelab itu tidak mempunyai pilihan selain memberi kata dua kepada Van Gaal.

Skuad bimbingan Van Gaal kini terus mencipta rekod buruk kelab itu apabila gagal menang dalam perlawanan.

Perkara tersebut tidak pernah berlaku sepanjang kelab berkenaan dibimbing Alex Ferguson sejak lebih 20 tahun.

Mirror.co.uk melaporklan, ahli lembaga pengarah ingin mengekalkan Van Gaal namun menerima bantahan lain dan hanya akan memberi satu peluang sahaja.

Selain itu, penyokong United terus menekan pihak pengurusan kelab supaya memecat Van Gaal serta-merta sebelum pasukan itu gagal berada di kedudukan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

United sebelum ini berpeluang berada di puncak liga namun corak persembahan yang membosankan memaksa skuad berkenaan menghuni tangga kelima.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain