suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Sambar Penyerang Muda Nigeria

ARSENAL sedia bersaing dengan Tottenham bagi mendapatkan Victor Osimhen yang merupakan pemain muda berbakat dari Nigeria.

Penyerang berusia 16 tahun itu mula menjadi perhatian kelab gergasi bola sepak selepas berjaya membawa Nigeria muncul juara dalam sangan Piala Dunia B-17 pada bulan lalu.

Tottenham sebelum ini cuba mengikat Osimhen sebelum pemain itu disambar kelab lain, bagaimanapun ejen penyerang itu mengesahkan bahawa Arsenal mahu khidmatnya.

"Kami menerima banyak tawaran untuk Victor, tetapi kami hanya memberi perhatian terhadap tawaran daripada Arsenal dan Wolfsburg saja setakat ini," jelas ejennya, Gaffar Liameed.

Osimhen yang menjaringkan 10 gol dalam saingan Piala Dunia B-17 dilapor telah melawat pusat latihan Wolfsburg, namun menukar fikiran dengan mahu menerima tawaran daripada Arsenal.

Nigeria, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain