suria

Chelsea Tagih Khidmat Ramos Jika Mourinho Dipecat

Juande Ramos.

CHELSEA sedang mempertimbangkan untuk melantik Juande Ramos sebagai pengurus sementara The Blues sekiranya kelab itu sudah membuat keputusan untuk memecat pengurusnya, Jose Mourinho, lapor The Times.

Ramos yang mengemudi Tottenham pernah membantu pasukan itu menewaskan Chelsea ketika dibawah bimbingan pengurus Avram Grant pada aksi final Piala Liga 2008.

Beliau kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan kelab Ukraine, Dnipro musim lalu.

Namun, menurut akhbar tersebut, Ramos antara calon yang disebut-sebut untuk mengganti tempat Mourinho selain pengurus Belanda Guus Hiddink.

Hiddink turut pernah membantu Chelsea menjulang trofi Piala FA ketika mempimpin kelab tersebut buat sementara pada 2009.

The Times melaporkan pengarah Chelsea mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan masa depan Mourinho sehari selepas tewas mengejut kepada Bournemouth, 5 Disember lalu.

Difahamkan perbincangan yang bermula awal tengah hari itu memutuskan untuk memberikan 'Special One' satu lagi peluang untuk mengubah nasib kelab itu pada musim ini.

Masalah membayar Mourinho satu lagi pampasan dan kekurangan calon yang berwibawa untuk menggantikan pengurus berkenaan dipercayai turut dibincangkan semasa mesyuarat itu.

Chelsea, Juande Ramos

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perancis

Artikel Berikut

Artikel Lain