suria

Jose Mourinho Mungkin Dipecat Hari Ini

CHELSEA dilapor akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Rabu bagi membincangkan nasib ketua jurulatih pasukan itu, Jose Mourinho berikutan aksi memalukan skuad berkenaan sejak awal musim lalu.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan yang terdiri daripada Bruce Buck, Marina Granovskaia, Eugene Tenenbaum and Michael Emenalo.

Jika Mourinho dipecat dalam pertemuan berkenaan, Abramovich perlu membayar sebanyak £40 juta kepada jurulatih kelahiran Portugal berkenaan sebagai pampasan dalam kontrak yang baru dipersetujui pada musim lalu.

Mourinho kembali mengemudi Chelsea pada 2013 selepas undian ahli lembaga pengarah mendapati tiga daripada lima panel bersetuju melantiknya sebagai jurulatih.

Bekas jurulatih Real Madrid itu kini menerima gaji sebanyak £250,000 seminggu dalam kontrak selama empat tahun.

Chelsea, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain