suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Dan Pemain Man United Nyaris Dimaki Penyokong

PEGAWAI dan pemain Manchester United nyaris dimalukan oleh penyokong kelab itu di lapangan terbang selepas mereka tewas kepada kelab kerdil, Bournemouth 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kumpulan penyokong yang berang dengan aksi United dilaporkan telah memenuhi ruang pelepasan lapangan terbang di Bournemouth untuk bertemu pegawai dan pemain.

Mereka dikatakan bercadang untuk menghambur makian kepada pemain dan khususnya jurulatih, Louis van Gaal berikutan aksi memalukan itu.

Bagaimanapun, pemain dan pegawai United terselamat apabila mereka dikawal dan tidak ditemukan dengan penyokong.

Penyokong berang apabila pasukan kesayangan mereka tewas dua kali berturut-turut iaitu kepada Wolfsburg dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Bournemouth.

Van Gaal menjadi sasaran penyokong selepas mereka didakwa bosan dengan falsafah yang diagungkan jurulatih dari Belanda berkenaan kerana ia tidak membawa faedah kepada kemenangan pasukan.

Selain penyokong setia, pihak pengurusan United juga dilapor mula gelisah dengan kaedah Van Gaal mengendalikan pasukan.

Bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu telah membelanjakan sebanyak £250 juta sejak musim lalu untuk mendapatkan pemain baharu walaupun gagal memenangi sebarang kejuaraan setakat ini.

Manchester United, Van Gaal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain