suria

Benzema Ditahan Polis Berkaitan Kes Peras Ugut Video Seks

Benzema (kanan) bersama Valbuena.

VERSAILLES: Pemain bola sepak Perancis, Karim Benzema ditahan polis pada Rabu selepas dikaitan dengan kes peras ugut video seks terhadap rakannya, Mathieu Valbuena.

Pendakwaraya tempatan mengesahkan penahanan bintang Real Madrid itu yang tiba di balai polis di Versailles berdekatan dengan Paris awal pagi Rabu, namun tidak mendedahkan maklumat lanjut.

Menurut sumber, Benzema telah menyebut mengenai video seks kepada Valbuena ketika mesyuarat pasukan Perancis awal bulan Oktober.

Salah seorang ahli keluarga Benzema dikatakan telah dihubungi oleh mangsa peras ugut disyaki untuk melibatkan pemain bola sepak dalam skim mereka, jelas sumber tersebut.

Polis kini sedang meneliti sama ada Benzema cuba mengusik Valbuena mengenai pita seks itu atau mahu memeras ugut.

Kes peras ugut ini mula dibuka pada penghujung Jun lalu dan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah.

Tiga suspek kes yang juga merupakan kawan kepada beberapa pemain bola sepak telah ditahan pada Oktober lalu.

Salah seorang lagi pemain bola sepak, Djibril Cisse yang juga bekas rakan sepasukan Valbuela di Marseilles turut disiasat namun terus dibebaskan bulan lalu.

Benzema, 27, merupakan salah seorang pemain terkenal di Real Madrid bersama bintang Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Dia memulakan kerjayanya di Lyon, kelab yang disertai Valbuena musim ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain