suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laluan Baharu Perarakan Rai Kemenangan JDT

PETALING JAYA: Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mengumumkan perubahan laluan sempena sambutan kejayaannya menjulang Piala AFC 2015 yang dijadual diadakan pada Selasa malam.

Pengumuman perubahan itu dibuat oleh JDT menerusi laman Facebook rasminya, Johor Southern Tigers.

Laluan akan bermula dari Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos sebelum diteruskan ke laluan Bomba Larkin - JPJ Lama - Jalan Tun Razak - City Square - Jalan Wong Ah Fook - Tropical Inn - Jalan Trus - Kotaraya dan Jalan Ibrahim.

Selepas itu, ia akan membuat pusingan U ke Jalan Tun Dr Ismail - Lot 1 - Hospital Sultanah Aminah - dan kemudian pusingan U depan Gerbang Istana Bukit Serene sebelum terus ke Dataran Bandaraya (melalui tepi laut) - KFC - Dataran Bandaraya Johor Bahru.

"Penyokong dijemput hadir beramai-ramai ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bermula jam 8.00 malam untuk bersama-sama memeriahkan majlis sambutan itu," demikian menurut kenyataan itu lagi.

JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain