Kemenangan JDT Jadi Inspirasi Pasukan Lain - Khaled Nordin - Sukan | mStar

Kemenangan JDT Jadi Inspirasi Pasukan Lain - Khaled Nordin

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap kejayaan Johor Darul Takzim (JDT) merangkul Kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) malam Sabtu, akan menjadi pendorong buat pasukan bola sepak tempatan lain untuk mencipta kejayaan sama.

Beliau juga berharap kejayaan itu dapat menyuntik semangat baharu kepada JDT untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Katanya, kemenangan itu hasil usaha dan semangat kental pemain JDT selain daripada doa dan sokongan semua pihak, tidak kira penduduk Johor mahupun Malaysia.

"Apabila berdepan dengan pasukan Istiklol FC, pemain JDT bukan hanya mewakili Johor malahan negara," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Mohamed Khaled adalah antara tetamu kenamaan yang menyaksikan perlawanan akhir AFC itu di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan

Gol tunggal perlawanan JDT menentang Istikol FC malam tadi disumbangkan pemain importnya, Leandro Velazquez pada minit ke-22 hasil rembatan kencang dari dalam kotak penalti, sekali gus menewaskan penjaga gol Istiklol, Nikola Stosic.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

La Liga: Neymar, Suarez Selamatkan Barca

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia