suria

Chelsea Jual Kembali Filipe Luis Kepada Atletico Madrid

DALAM satu tindakan yang agak mengejutkan, Chelsea telah membuat keputusan untuk menjual pemain pertahanan mereka, Filipe Luis kepada Atletico Madrid semula - genap setahun selepas dia dibeli dari kelab Sepanyol itu.

Pemain antarabangsa Brazil berusia 29 tahun itu hanya sempat bermain sebanyak 26 kali mewakili Chelsea tetapi berjaya merangkul Liga Perdana Inggeris dan Piala Carling. Dia juga telah bermain 18 kali mewakili skuad kebangsaan Brazil termasuk di Temasya Piala Dunia tahun lalu.

Bagaimanapun dia kini menandantangani kontrak empat tahun untuk kembali bersama kelab lamanya semula. Jumlah yuran perpindahannya tidak diumumkan oleh kedua-dua buah kelab.

Chelsea membayar Atletico £15.8 juta untuk mendapatkan pemain itu musim lalu.

Pengarah Bolasepak Atletico, Jose Luis Perez Caminero ketika membuat pengumuman mengenai pembelian semula Luis berkata, semua peminat kelab itu mengetahui yang Filipe Luis adalah merupakan pemain pertahanan terbaik dunia.

"Pasukan kita akan diperkukuhkan dengan kehadirannya semula pada musim baru nanti. Dia sudah sedia maklum mengenai gaya permainan kita dan akan menyesuaikan diri semula dengan pantas," ujarnya lagi.

Chelsea, Filipe Luis, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain