suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pemain Nombor Satu Dunia Caroline Wozniacki Tumpas Lagi

Caroline Wozniacki

> Pemain Denmark itu tewas di tangan Garbine Muguruza

> Caroline Wozniacki kalah 6-4, 6-4

> Ini adalah kekalahan Wozniacki yang kelima di pusingan keempat Wimbledon

> Muguruza akan bertemu Timea Bacsinszky di suku akhir pada Rabu

Caroline Wozniacki kini menjadi satu-satunya bekas pemain nombor satu dunia yang masih belum memenangi sebarang kejohanan Grand Slam apabila dia tumpas di tangan pemain Sepanyol, Garbine Muguruza di pusingan keempat Kejohanan Tenis Wimbledon di London pada Isnin.

Ini adalah kekalahannya yang kelima di peringkat pusingan keempat di wimbledon dan yang ke-13 dalam mana-mana kejohanan Grand Slams.

Muguruza, pemain pilihan ke-20 kini menjadi pemain wanita Sepanyol yang pertama mara ke suku akhir Wimbledon sejak Conchita Martinez berjaya melakukannya pada 2001.

Ia juga adalah suku akhir Muguruza yang ketiga dalam enam kejohanan yang disertainya tahun ini, termasuklah di Terbuka Perancis bulan lalu.

Muguruza akan bertemu pilihan ke-15, Timea Bacsinszky di suku akhir nanti.

Artikel Berikut

Artikel Lain