suria

Maria Sharapova & Serena Mara Ke Suku Akhir Wimbledon

Maria Sharapova

> Maria tumpaskan pemain Kazakh Zarina Diyas

> Ia adalah suku akhir Maria yang pertama sejak 2011

> Pemain Rusia berusia 28 tahun itu menang mudah 6-4, 6-4

> Serena Williams pula kalahkan kakak sendiri Venus untuk mara ke suku akhir

> Serena menang 6-4, 6-3

> Pemain nombor satu dunia itu hanya perlukan 67 minit untuk tamatkan permainan

PEMAIN pilihan keempat kejohanan, Maria Sharapova menumpaskan pemain ke-34 dunia, Zarina Diyas dari Kazakhstan untuk mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon di London pada Isnin.

Maria hanya mengambil masa sejam setengah untuk menamatkan permainan dengan kemenangan with Sharapova winning 6-4, 6-4.

Dia kini mara ke suku akhirnya yang kelima dalam kejohanan yang pernah dimenanginya 11 tahun yang lalu ketika berusia hanya 17 tahun.

Pemain yang berasal dari Rusia itu akan menentang pemain tidak ternama dari Amerika Syarikat, Coco Vandeweghe, yang berjaya mara ke suku akhirnya yang pertama dalam mana-mana kejohanan bertaraf Grand Slam.

Coco menang 7-6 (1), 7-6 (4) ke atas naib juara Terbuka Perancis, yang juga pemain pilihan keenam, Lucie Safarova.

Sementara itu, Serena Williams, 33, menumpaskan kakaknya sendiri iaitu Venus Williams, 35, 6-4, 6-3 untuk turut mara ke suku akhir dalam usahanya mengejar rekod baru iaitu dengan memenangi kejohanan Grand Slam yang keempat berturut-turut. Serena memenangi Terbuka Amerika Syarikat hujung tahun lalu diikuti Terbuka Australia awal tahun ini dan kemudian Terbuka Perancis.

Jika dia menang kejohanan kali ini, ia adalah yang keenam buat Serena di Wimbledon.

Dia akan bertemu pilihan ke-23, Victoria Azarenka pada perlawanan seterusnya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Lain