suria

Ronaldo Berang, Tinggalkan Sesi Temubual Kerana Ramos

CRISTIANO Ronaldo berang dan meninggalkan sesi temubual bersama SNTV apabila diajukan soalan berkaitan rakan sepasukannya Sergio Ramos.

Status Ramos terus diperkatakan selepas Real Madrid menolak tawaran 35 juta pound (RM207.32 juta) yang dibuat Manchester United kepada pemain pertahanan Sepanyol itu.

Sebelum ini Ramos mendedahkan dia ingin berpindah kerana menganggap kelab gergasi La Liga ini tidak menghargainya apabila enggan menilai kembali kontrak baharunya.

Ronaldo ternyata tidak gembira dengan soalan yang diajukan kepadanya dan hanya menjawab sekadar 'suam-suam kuku'.

"Saya tidak tahu," jelasnya sebelum mengulangi perkataan itu kepada penyiar, 'Saya tidak tahu.'

Bintang Portugal,30, itu dengan tiba-tiba menanggalkan mikrofon dan fonkepala selepas menamatkan perbualan.

Sebelum itu, Ronaldo menjawab soalan berkaitan dengan bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menyertai LA Galaxy.

Dia menjelaskan ia sesuatu yang hebat untuk peminat-peminat bola sepak di Amerika apabila salah seorang pemain terbaik di Eropah beraksi di sana.

Bagaimanapun Ronaldo terus ditekan dengan soalan mengenai Ramos sehingga dia naik berang terhadap sikap kedua-dua wartawan penyiar itu dan menamatkan sesi temubual tersebut.

Ronaldo dilihat kurang gembira sehingga enggan 'berkawan' dengan wartawan itu.

"Saya tidak mendesak apa-apa, dia yang menyebabkan saya beredar," jelas Ronaldo.

"Adakah kamu mahu saya tidak berkawan dengan dia (Ramos)? Kamu berdua yang sepatutnya perlu lakukan ini. Perbuatan ini membuatkan saya kelihatan bodoh di depan orang ramai".

Pemain berusia 30 tahun itu terus bersalaman dengan penyiar dan katanya sebelum beredar: '"Kawan, terima kasih banyak-banyak".

Cristiano Ronaldo, Sergio Ramos, SNTV

Artikel Lain